XPDC~ to Selai National Park (Part 1)

June 22, 2013

Ape khabar sahabat2 blogger? dah lame mnyepi.. bukan menghilangkan diri, tapi terlalu banyak kerja sampai xsempat nk update.. bukan tak sudi, tapi masa tidak mengizinkan.. sekarang tengah cuti semester 3 bulan, baru dua hari yg lepas ak sampai ke kampung halaman tercinta.. heaven! hihihihi
Ehh ehh nak citer nih.. hehehe.. lps habis final exam hari tu, ak ngn dak2 kelas ade wt satu ekspedisi, tak jauh pn dari tempat ak belajar.. tempat tu kat Selai National Park, atau Taman Negara Selai, Endau Rompin, Johor.. kami kat sane selama 3 hari, 10hb-12hb Jun..
...
...
...
...
...
...
...
...
...
10hb. Jun 2013
Bertolak ke sane lepas zohor, menaiki dua buah bas UTM, satu bas tu mmg tmpat letak beg tu muat dengan anak2 pokok je.. sebabnye, kami ade buat satu khidmat masyarakat kat satu sekolah kat sane.. sambil2 berekspedisi, dapat jugak wat amal.. hehehe.. as Landscape Architecture students, semestinye anak2 pokok tu kami bawa dan tanam sendiri kat sane.. yeahh practice utk kerja nanti! sebenarnye ade sorang driver bas, bile dgr name dye je, sume tergamam, terkesima, terkejut dan bermacam2 'ter' lagi lah...hahaa sebabnye dye tu.. hmmmm hanya kami budak UTM je tau.. syhhhh *rahsia.. so disebabkan dia yang bwk kami, so ramai yang naik bas satu lagi.. bas yang pakcik td tu bawa tak ramai pn, hahha nasib la pakcik yer...

Sampai je kat Bekok, kami turun bas, angkut sume beg, barang2 makanan, ngn anak2 pokok tu skali, letak lam truck JPAM (Jabatan Pertahanan Awam).. kami bukan pergi sendiri tau, tapi JPAM ad mengiringi, untuk keselamatan kat hutan sane.. selain dari satu truck, ade lagi 3 buah 4WD, yang lelaki sume naik truck, yang perempuan pn ade yang naik truck, selebihnya naik 4WD ni.. ni la first time ak naik benda ni.. pengalaman berguna..

ni time sampai kat Bekok.. angkut anak2 pokok masuk truck JPAM..
Team work as a part of expidition..
On the way to SK. Kampung Kudong..
Anak2 pokok buah dan pokok hiasan ^^

Sebelum ke camp site, kami singgah dulu kat Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong.. haaa ni lah sekolah yang ak citer tadi.. sekolah yang kami nk buat khidmat masyarakat.. anak2 pokok tadi tu kami bawa ke sekolah ni.. orang kat sini memang baik, peramah sume.. rase sangat dihargai bile pengetua dan cikgu2 sekolah sanggup tggu dan sambut kedatangan kami ke sane.. siap sediakan makanan sekali.. 

Pintu masuk SK. Kampung Kudong~
Next mission, bawa anak2 pokok ke tapak..
Semasa dengar sepatah dua kata daripada pengetua..
ni lah yang ditunggu-tunggu, sebelum buat keje.. eat time! :D
Cangkul mencangkul, tanam menanam.. part time job :p
Sesi bergambar, selepas selesai aktiviti khidmat masyarakat di sini.. :)

Perjalanan ke tapak perkhemahan tu memang mencabar.. jauh tu jgn cakap la, memang kawasan pedalaman.. kalo naik kereta biasa, rasanya tak tau la bleh smpai ke tak.. jalan berlubang-lubang.. mmg teruk jalan kat sane, sbb tu kena naik 4WD ni, tayar dye kuat, tahan lasak, kebal.. masuk lopak, masuk lumpur pn senang je keluar semula..



p/s: to be continue........



You Might Also Like

0 comments

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)