Akasia: Ariana Rose [Full Episode]

January 14, 2014

Assalamualaikum w.b.t..

Sekarang ni cerita baru ditayangkan di TV3 Slot Akasia : Ariana Rose. Disebabkan tak sempat untuk tunggu pukul 7 malam di depan tv, so ak hanya mampu tengok online je cerita ni :p Biasanya ak tengok cerita ni kat website dailymotion.com sebab video boleh tahan clear jugak. Cerita ni antara cerita favourite ak :)




Sinopsis:

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal. Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh di mata masyarakat. Siapa sebenarnya dia? Apa tujuannya dan siapa yang menghantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu? Tak kira, dia akan menyiasatnya juga! 

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu. Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya.



“Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian. Tetapi sebelum Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar…” – Ariana Rose 



Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil. Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

“Satu aje kesalahan awak, Ariana… Awak dah curi hati saya.” – Tengku Adam Kamil





Judul Drama : Ariana Rose
Pengarah : Raja Alauddin Shah 
Penulis Skrip : Sofia Rhyland 
Penerbit : PenaCreative 
Episod : 28 episod 
Novel : The Wedding Breaker terbitan Karya Seni 
Pelakon : Keith Foo (Tengku Adam), Nur Fathia (Ariana Rose), Hisyam Hamid (Harith), Nabila Huda (Liayana), Arja Lee (Ramzul), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Dato’ Jalaluddin Hassan (Dato’ Wan Jusoh), Ziela Jalil (Datin Asra), Mustapha Kamal (Tengku Mukhriz), Liza Abdullah (Tengku Lisdania), Rahhim Omar (Tengku Sidin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Syatilla Melvin (Sophie), Wan Sharmila (Linda) 
Mulai : 30 Disember 2013 
Jadual : Isnin - Khamis
Pukul : 7.00pm - 8.00pm 
Saluran : Slot Akasia, TV3 




Di bawah ni ak nak share link setiap episod untuk tonton drama Ariana Rose. Selamat menonton :)


   >>EPISOD 1   >>EPISOD 2   >>EPISOD 3   >>EPISOD 4   >>EPISOD 5   >>EPISOD 6   >>EPISOD 7   >>EPISOD 8   >>EPISOD 9   >>EPISOD 10   >>EPISOD 11   >>EPISOD 12   >>EPISOD 13   >>EPISOD 14   >>EPISOD 15   >>EPISOD 16   >>EPISOD 17   >>EPISOD 18   >>EPISOD 19   >>EPISOD 20   >>EPISOD 21   >>EPISOD 22   >>EPISOD 23   >>EPISOD 24   >>EPISOD 25   >>EPISOD 26   >>EPISOD 27   >>EPISOD 28





You Might Also Like

5 comments

  1. dah lama tak layan cite2 melayu.. tambah pulak jam 7 mlm.. time nie br otw nk blk umah...

    ReplyDelete
  2. @Hafiza AizZawa sama la, jarang sgt berkesempatan nk tgk time kul 7 :)

    ReplyDelete
  3. cerita yang pukul 7 memang best . tapi tu la , masa dia tak sesuai . masa tu kan maghrib . tu yang kadang tak sempat nak tengok .

    ReplyDelete
  4. Semalam termiss tengok.. tapi harini leh tengok balik.. :)

    ReplyDelete

This blog is my personal blog. All the writings and stories in this blog is mine unless was mentioned and stated in it.
Sila jaga bahasa dan tutur kata anda di sini. Dilarang menggunakan bahasa kasar dan kesat.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya sendiri.
Terima kasih kepada anda yang sudi singgah dan komen di blog ni. I am always appreciate it ! :)